Thursday, 20 March 2008

KAGUM SEMANGAT ORANG LAMA

Lagi sembang-sembang politik nampaknya. Saya tak dapat lari daripada mengupas fenomena getir yang sedang berlaku di tanah air.

Saya ingin menyuarakan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ku Li. Bukan kerana saya juga anak Kelantan,tapi saya percaya pada keikhlasan beliau untuk memulihkan UMNO. Saya yakin, bukan kerusi Presiden UMNO atau kerusi Perdana Menteri yang diidamkan oleh Ku Li. Apa yang membuatkan saya begitu yakin? Kisah UMNO adalah sebahagian daripada kisah kehidupan saya. Saya dibesarkan di dalam keluarga UMNO. Sejak dari kecil, saya telah didedahkan dengan senario politik UMNO. Thanks to my father.

Berbalik kepada persoalan keyakinan dan kejujuran, saya pasti niat Ku Li ikhlas untuk UMNO. Seperti yang saya katakan tadi, saya dibesarkan dalam UMNO, melihat perubahan demi perubahan. Paling ketara perbezaan yang wujud antara perjuangan orang UMNO 'lama' dan pengikut UMNO zaman kini.

Perjuangan orang lama, zaman saya kanak-kanak, sangat tulus. Mereka berjuang benar-benar untuk agama dan orang Melayu. Mereka menyertai UMNO, menjadi pengikut setia bukan kerana ingin mengumpul kekayaan (sebagaimana berlaku hari ini) sebaliknya mempertaruhkan harta yang ada demi kepentingan parti. Saya tidak memahaminya dulu, tapi kini saya amat menghargai perjuangan mereka.

Ku Li membangkitkan persoalan 'adakah Melayu kini menjadi begitu penakut untuk menghadapi cabaran dan membuat perubahan demi kebaikan bangsa dan partinya sendiri?' (dipetik daripada laporan Utusan Malaysia - 20/03/2008)
My personal answer is YES!

Jika Tun Dr. Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa, rasanya ungkapan itu perlukan sedikit penambahan: Melayu bukan saja mudah lupa, tapi juga pengecut!!!
Eventhough it does not apply to everyone of us, but we have to realised that it is about most of us!

So, what is next? Do we still want to just wait and see? Wait until when? Until we lost everything? Lost our pride, lost our dignity?
Think about it............!

No comments: