Wednesday, 19 March 2008

MUNCUL JUA AKHIRNYA........

Sejak PRU12 berakhir, tiada sebarang statement kedengaran daripada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Akhirnya penantian itu berakhir hari ini..

Khairy tak rasa kecewa

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tiada rancangan untuk menganggotai pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta tidak kecewa kerana tidak terpilih menganggotai Kabinet.

“Selagi Abdullah adalah Perdana Menteri, saya tidak akan menyertai pentadbiran kerajaan sebaliknya memainkan peranan sebagai ahli Parlimen biasa.

“Saya mahu menjadi wakil rakyat yang mudah didekati rakyat berbilang kaum terutama di kawasan saya Rembau dan menyuarakan isu nasional di Parlimen,” katanya selepas mesyuarat Exco dan Ketua Pemuda Umno negeri, di sini, semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak meletakkan kesalahan kepadanya berikutan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Selain itu katanya, beliau sedia berkhidmat asalkan diberi peluang oleh ahli pada peringkat akar umbi dan terbabit sama dalam usaha memulihkan kedudukan parti.

Beliau juga menyerahkan kedudukannya kepada ahli dalam pemilihan parti akan datang untuk memutuskan sama ada mereka masih memerlukan khidmatnya.

Sumber: Berita Harian (Online) - 19-03-2008

Harap KJ ikhlas membantu rakyat.......

No comments: