Saturday, 5 April 2008

HILANG DALAM TERANG.........

Keadaan politik semasa tanah air yang masih belum reda dengan isu dan tanda tanya. Apa yang dipaparkan di blog kuda kepang memaksa saya untuk mencuri sedikit waktu, meluahkan pandangan.

Sokongan daripada ahli akar umbi UMNO perlu diberikan kepada Ku Li untuk memperjuangkan kedaulatan dan 'kehormatan' parti yang telah 'ternoda' dek budaya songsang yang dibawa ke dalam UMNO. Memang benar bagai dikata, budaya Oxford mahupun Harvard hanya indah pada theory sahaja, tapi tidak untuk diaplikasikan ke dalam budaya Melayu/UMNO. Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah mahukah ahli-ahli UMNO menggunakan hak-hak mereka? Beranikah mereka untuk menunjukkan ekspresi sebenar terhadap kepimpinan parti?

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam pandangan terdahulu, orang Melayu/UMNO sebahagiannya layak digelar pengecut. Terlalu taksub dengan kepentingan peribadi hingga mengenepikan kepentingan parti. Perjuangan Alif Ba Ta hanya tinggal omongan kosong, tidak lagi dianggap relevan. Apa yang penting dalam perjuangan hari ini hanyalah kuasa, yang pastinya akan membuka laluan yang luas untuk mengumpul harta kekayaan.

Ahli UMNO, tidak kira peringkat dilihat tidak lebih sekadar terus-terusan menjadi pak turut dan kaki ampu. Budaya 'Yes Bos' tetap menjadi pegangan. Takut bersuara kerana bimbang hilang peluang.......peluang untuk kaya-raya. Enggan dianggap penderhaka walau sebenarnya mereka adalah petualang bangsa!

Entah bila masanya ahli UMNO secara kolektif dan terbuka akan melakukan muhasabah......akan sampaikah masanya? Lebih ngeri bila meninjau apa yang berlaku dalam FORUM MYKMU - UMNO PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE 12: SATU PENILAIAN yang diadakan baru2 ini (http://youtube.com/watch?v=irkV3UwpMhg). Begini UMNO rupanya........
Renungkanlah.........

No comments: